Thursday 20 June 2013

Kelebihan Berzikir



Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:

1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.
2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
3. Dimurahkan ruang rezekinya
4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni
5. Menghidup dan menjernihkan hati.
6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah
7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik
9. Bersedia untuk hidup penuh berani
10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq



Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita.

Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: ‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’
Insya-Allah melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi

Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35

Wallahualam

Sumber:  http://www.melurhasanah.com/2011/10/10-kebaikan-dari-amalan-berzikir.html

Tuesday 18 June 2013


Persamaan Kerajaan Firaun dengan Amerika

Salam semua. Pernah dengar pasal Firaun? Pernah dengan asal usul perkataan Firaun? ...kerajaan Firaun = kerajaan Amerika....tak percaya?





Sebenarnya Firaun bukanlah nama orang. Ia sebuah gelar yang dimiliki seorang penguasa Mesir..king of Egypt..Firaun memiliki nama lain iaitu Al-Baitul Kabir mabni'un minal HAJAR AL-ABYADH, maknanya "RUMAH BESAR yang dibuat terbuat dari BATU PUTIH.”

Sebaris ayat yang kalau nak disingkatkan jadi “Rumah PUTIH”. Translate jadi INGGERIS..ia akan menjadi nama bangunan paling famous dunia: White House!!

Jika sejarah mengenal diktator purba yang bernama Ramses I dan II, saat ini dunia menyaksikan Bush Senior dan Bush Junior, pemilik RUMAH PUTIH yang banyak melakukan kezaliman terhadap umat Islam.

Bush Senior dan Bush Junior! Anak bapak kata kau

Sejarah juga mencatat seorang manusia bernama Musa bin Imran, nabi Bani Israel yang kelak menjadi lawan tandingnya. Musa yang di saat kecil pernah diasuh oleh Firaun..kini datang ke Mesir untuk membebaskan kaumnya dari cengkeraman kezaliman Firaun...let my people go!

Sejarah Firaun Mesir akan terulang untuk yang kedua kalinya. Presiden Amerika, George W. Bush,sebagai pemilik RUMAH PUTIH, nampaknya akan memainkan peranan sebagai Firaun moden, sedangkan kelompok mujahidin yang berdiri di belakang Osama bin Laden seakan-akan berperanan sebagai Kelompok Musa.

Realiti ini nampaknya tidak difahami oleh kebanyakan umat Islam sehingga banyak dari mereka yang tertipu oleh sihir Rumah Putih. Pada saat yang sama,mereka memusuhi Osama bin Laden dan kelompoknya. Sehingga tanpa sedar, ramai yang terjebak pada permainan Rumah Putih yang penuh tipu daya....


Imam Asy-Syaukani berkata:

"Akan ada kisah ajaib yang terjadi serupa sebagaimana kisah Firaun yang ditenggelamkan"
(Fathul Qadir: IV/699)
Anda perasan tidak Firaun Mesir banyak persamaan dengan kerajaan Amerika moden?? Banyak betul persamaan!!

Contoh persamaan Firaun Mesir dan Firaun Amerika:

Firaun Mesir: Istana dari batu putih
Firaun Amerika: Rumah Putih

http://www.art-and-archaeology.com/egypt/egy342.jpg
Istana Putih

http://www.infiniteunknown.net/wp-content/uploads/2009/10/white-house.jpg
Rumah Putih

Firaun Mesir: Ada obelisk depan istananya
Firaun Amerika: Ada obelisk gergasi di Washington

http://www.sacredsites.com/africa/egypt/images/obelisk-queen-hapshetsut-500.jpg
Obelisk Mesir Purba


Obelisk Washington..ada persamaan x?

Firaun Mesir: Piramid menjadi monumen negara
Firaun Amerika: Piramid menjadi monumen US$1 ?

Firaun Mesir: Menghina Bani Israel
Firaun Amerika: Menghina Umat Islam

Firaun Mesir: Keluar dari negara sendiri memerangi kaum Nabi Musa
Firaun Amerika: Keluar dari negara sendiri memerangi umat Islam

Firaun Mesir: Pergi ke timur memerangi Bani Israel
Firaun Amerika: Pergi ke timur berperang di Afghanistan dan Iraq

Firaun Mesir: Memerangi Bani Israel kerana agamanya
Firaun Amerika: Menyerang Umat Islam kerana agamanya

dan satu lagi....dzul autad...

Al-Quran menceritakan bahawa Firaun adalah sebuah dinasti yang memiliki  tentera yg sangat banyak" (Arab: dzul autad) . Ini menyatakan dinasti Firaunlah yang mempunyai kekuatan militari paling kuat.

Al-Quran tidak pernah pun memberikan sifat 'tentera yg banyak' kepada sesiapa pun melainkan kepada Firaun. Padahal banyak bangsa dan kerajaan lain mempunyai kuasa tentera disebut dalam Quran: kerajaan Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Ratu Saba', Iskandar Zulkarnain yang kuasanya membentang timur dan barat, bahkan kaum 'Ad dan Tsamud yang dinyatakan sebagai kaum yang gagah perkasa, namun mereka tidak pun mendapat gelaran 'dzul autad'. Hanya Firaun lah satu2nya dinasti yang dinyatakan Al-Quran sebagai pemilik militari yang paling kuat!! Hanya Firaun lah Dzul Autad !! Bahkan...Allah mengulangnya sebanyak dua kali dalam Quran:


Ayat Pertama:
[Quran+Search1.jpg]

38:12 Telah mendustakan (rasul-rasul pula) sebelum mereka itu kaum Nuh, Ad, Firaun yang mempunyai tentera yang banyak (Surah Al-Shad: 12)


Ayat Kedua:
[Quran+Search2.jpg]
89:10 dan kaum firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak)
(Surah Al-Fajr: 10)

--Ada kaitan tak Firaun dengan Amerika??--

Sekarang dunia juga menyaksikan bahwa satu2nya negara yg memiliki tentera yag terkuat dunia ialah AMERIKA ! Takde sape pun nak pertikaikan hal ni...Amerika juga DZUL AUTAD !!


http://rtsf.files.wordpress.com/2009/02/us-army-nat-srvc.jpg

http://imagecache5.art.com/p/LRG/21/2145/QKDCD00Z/stocktrek-images-us-army-soldier-armed-with-a-mk-48-light-machine-gun-provides-rear-security-during-civil-affairs.jpg

Selain itu, Firaun juga menganggap dirinyalah yang paling berkuasa dan sering mempertikai kuasa Tuhan Yang Agung.


[Quran+Search3.jpg]

28:38 "Dan berkata Firaun: ""Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta"". (Al Qashash: 38)


[Quran+Search.4jpg.jpg]

79:21 Tetapi Firaun mendustakan dan mendurhakai
(An-Nazi'at:21)


Bagaimana pula dengan Amerika?
Sebenarnya Amerika juga sering mempertikaikan kuasa Tuhan demi kepentingan mereka..

"Dunia ini adalah milik Amerika, di dunia hanya ada satu kekuatan terbesar...ya! itulah yang dimiliki USA!!" - Medelaine K. Albright (Bekas Menteri Luar Negeri US) 

"Kita datang untuk membetulkan kesalahan Tuhan yang telah meletakkan kekayaan minyak di Tanah Arab dan menjauhkannya dari Barat" - Henry Kisingger (juga Bekas Menteri Luar Negeri US)....berlagak ye kau?


Jika dinasti Firaun musnah, adakah dinasti Amerika juga akan punah? Wallahualam.
Jika empayar Rom, Yunani, Greek, Parsi bahkan Soviet Union pun boleh tumbang..tidak mustahillah Amerika juga boleh punah...

Imam Asy-Syaukani berkata:

"Akan ada kisah ajaib yang terjadi serupa sebagaimana kisah Firaun yang ditenggelamkan"
(Fathul Qadir: IV/699)

Umat-umat itu telah tiada, maka tidak ada yang dimaksudkan dalam Al-Quran itu kecuali kalian
(Umar Al-Khattab)


Salam, Syed Azharul
Sumber asal: http://seleksibuku.blogspot.com/2009/12/ulasan-buku-musa-vs-firaun-karya-abu.html

Friday 7 June 2013

Awas dengan Pengaruh Syiah



Hina Sahabat Nabi Saw




Seorang lelaki warga Australia, Mansor Al-Maribe telah dihukum oleh mahkamah Saudi atas kesalahan menghina Sahabat Nabi ketika musim haji baru-baru ini di Madinah. Beliau yang berumur 45 tahun, ayah kepada 5 orang anak ini dihukum rotan sebanyak 500 sebatan dan dipenjarakan selama setahun.

Setahu penulis gulongan Syiah seperti Mansor Al-Maribe ini kalau dulu-dulu sekitar tahun 80an tidak akan berani berbuat demikian berlebih lagi jika berada di Madinah. Miski pun ketika itu Revolusi Iran begitu rancak diperkatakan sekitar Tanah Arab sehingga ke Negara-negara Islam yang lain. Propaganda fahaman Syiah ini cuba disebarkan ke seluroh dunia. Pernah penulis berada di satu tempat di Sempadan Burma berdekatan Bandar Ranong di Thailand, penulis terjumpa beberapa majalah dalam bahasa Thailand berkaitan propaganda Syiah. Majalah ini disebarkan di seluroh pondok-pondok sehingga ke Selatan Thailand. Namun begitu fahaman Syiah ini tidak berkembang di sana.

Di Malaysia pun pada ketika itu rancak membicarakan tentang Syiah sehingga berlaku Polemik Syiah Sunni di dalam akhbar Watan. Seingat penulis telah berlaku perdebatan diantara Nahmar Jamil dengan seorang penulis yang berfahaman Syiah. Malah pada ketika itu Pendakwah Bebas seperti Pak Yazid, Ust. Abdullah Hassan, Ust Hassan Salleh, Uts Mahfuz, malah terdapat beberapa orang lagi Ustaz di dalam Persatuan Ulama Malaysia. Malah di Universiti Malaya dan juga UKM ramai yang terlibat dengan fahaman ini. Penulis berani berkata demikian kerana penulis telah sempat belajar dengan semua mereka ini melainkan Pak Yazid dan Ust Mahfuz. Hampir setiap pagi hujung minggu penulis akan ke rumah Pak Yazid mengikuti kuliah pengajian ustaz-ustaz jemputan.kekadang terdapat juga utaz-ustaz yang pro kepada fahaman Syiah ini.

Perkembangan lebih ketara apabila gulongan pecinta Syiah ini mengadakan satu seminar Sunni – Syiah di Kuala Lumpur waktu itu. Walau pun asasnya kepada “Taghribul Mazahib” namun ianya adalah salah satu penyebaran Syiah di Malaysia. Kertaskerja berkenaan masih lagi di dalam simpanan penulis sehingga kini. Selain itu pendakwah-pendakwah di Malaysia ketika itu dijemput khas ke Iran untuk melihat perkembangan Syiah ini termasuk pemimpin Al-Arqam Utz Asyaari Muhammad. Tidak kurang dari mereka yang terlibat dengan Syiah setelah pulang ke Malaysia.

Perkembangan Syiah makin pesat berlebih lagi bila kefahaman dan pengetahuan tentang Syiah di Malaysia begitu cetek di kalangan ustaz-ustaz dan ulama ketika itu.

Hari ini pendokong Syiah semakin ramai di Malaysia. Mereka kekadang bertambah berani, cumanya belum lagi kedengaran suara-suara mengutuk Sahabat Nabi saw. Namun begitu di dalam artikel mereka, secara terang-terangan mereka mengutuk Sahabat Nabi saw.

Bagaimana kita boleh menghina dan mengutuk Sahabat Nabi saw sedangkan terdapat beberapa hadis Nabis melarang berbuat demikian. Malah menghina dan mengutuk selain Sahabat Nabi juga dianggap tercela, apa lagi Sahabat Nabi saw.

Sabda Nabi saw, " Jika kamu semua melihat orang memaki para Sahabatku, katakanlah bahawa laknat Allah swt keatas keburukkan kamu." (H/R : Tarmizi)

Sabda Nabi saw lagi," Jangan kamu semua memaki para sahabatku. Seandainya ada seorang di kalangan kamu yang menginfakkan emas sebesar gunung Uhud ia tidak akan dapat memadai seorang pun dari mereka, walau hanya separuh." (Hadis Mutafaq a'laih)

Juga sabda Nabi saw, " Bintang-bintang adalah yang mengamankan langit, bila tiada bintang-bintang akan tibalah apa yang telah dijanjikan baginya. Aku pengaman bagi Sahabatku, bila aku telah tiada akan tiba apa yang telah dijanjikan kepada mereka. Para Sahabatku adalah pengaman bagi umatku, jika para Sahabatku telah tiada akan tiba apa yang telah dijanjikan kepada mereka." (H/R : Muslim)

Sabda Nabi saw lagi, "Allah...Allah.... berhati-hatilah akan para Sahabatku sepeninggalku janganlah kamu semua jadikan mereka sebagai sasaran. Barangsiapa mencintai mereka ia kucintai dengan kecintaanku, dan barangsiapa yang membenci mereka ia kubenci dengan kebencianku. Sesiapa yang mengganggu mereka bererti ia menggangguku dan barangsiapa yang mengganggu diriku bererti ia talah menganggu Allah dan tidak lama lagi Allah pasti akan membalasnya." (H/R : Tarmizi)

Bagi penulis bagi menghindari fahaman Syiah ini daripada menular selain dari penerangan dan diskusi ilmiah di kalangan masyarakat, maka kita perlu mengembargemburkan kemuliaan Sahabat Nabi pada masyarakat dan berusaha menghayati kehidupan mereka di dalam kehidupan kita. Caranya dengan membaca kisah-kisah kehidupan mereka di rumah-rumah kita dalam bentuk ta'lim di rumah. Cara dan kaedah ini telah pun dilaksanakan oleh sahabat kita di dalam Jemaah Tabligh. Ini tidaklah terbatas kepada Jemaah Tabligh sahaja, namun hendaklah dilaksanakan juga oleh semua peringkat masyarakat.


Wallahualam.

Hak Cipta : Hambali Alorstari
-->

Sempena Israk & Mikraj



Kronologi Israk dan Mikraj

E-mailCetakPDF

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.  dicuci dengan air zamzam,

dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..


Sumber : Pusat Pendidikan Al-Islah Sungai Petani